Kalau Tak Nak, Biar Puteri Sarah Untukku Sol. Aku Lagi Kacak Dan Mampu Bahagiakan Dia Dibanding Engkau
Kalau Tak Nak, Biar Puteri Sarah Untukku Sol. Aku Lagi Kacak Dan Mampu Bahagiakan Dia Dibanding Engkau
Tindakan seorang pemuda kononnya menawarkan diri untuk berkahwin dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana mengundang perhatian warganet di aplikasi TkTok.
Ia susulan pelakon tersebut nekad bagi menuntut penceraian daripada suaminya, Syamsul Yusof selepas pengarah sensasi itu selamat menikahi seorang wanita bernama Ira Kazar.
Menerusi satu perkongsian video, pemuda dikenali sebagai Arif Izo itu memuat naik sekeping gambar Syamsul dengan permulaan kapsyen “Salam Sol”. Boleh ke?
Rakaman tersebut kemudian memperlihatkan dua keping gambarnya yang penuh bergaya sebelum meletakkan foto Puteri Sarah pula pada penghujung video.
“Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih,” tulisnya baru-baru ini.
Meskipun sekadar gurauan semata-mata, orang ramai dilihat menyokong kenyataan pemuda berkenaan dengan menyifatkan dia dan Puteri Sarah seperti pasangan serasi.
Pada masa sama, segelintir individu sempat memuji ketampanan pemuda itu sekali gus dibandingkan dengan wajah Syamsul. Aduhh ni lagi kacak.
Terdahulu, tular sebuah video seorang wanita menggunakan nama akaun @mexxrenn_ menyatakan hasrat bagi menjadi isteri ketiga Syamsul sehingga turut mendapat pelbagai reaksi warganet.
“Setuju tak kalau saya ‘sondol’ Syamsul daripada Ira Kazar? Kau sabar jap Ira Kazar. Saya ‘on the way’ jadi bini nombor tiga Syamsul Yusof. Baru kau tahu macam mana rasanya laki kena rampas,” katanya.
Kumpulan dianggotai tiga anak muda, Mohd Asrul Hakimi atau Akeem (vokalis), Mohd Asrul Najmi (Jimmy-bass) dan Nik Mohd Arif (Arif-gitar) serta dikenali sebagai Payslip, mungkin masih bertatih untuk dikenali.
Bagaimanapun selepas single terbaru, Semangat Yang Hilang sering diputarkan di radio sejak dua bulan lalu, semakin ramai membuka mata sekali gus ada melabel mereka sebagai ‘XPDC Junior’. Masakan tidak, Semangat Yang Hilang adalah antara lagu ‘berhantu’ pernah dipopularkan kumpulan XPDC lebih dua dekad lalu.
Kata Jimmy, penerimaan pendengar terhadap lagu itu setakat ini sangat positif. Namun, ada juga yang komen kenapa lagu rock itu tiba-tiba sahaja bergenre pop.
“Sebenarnya kami buat ini sebab nak tunjukkan perbezaan antara kumpulan legenda itu dengan Payslip. Kami buat cara sendiri. Kalau sama sahaja tanpa perubahan, lebih baik tak perlu buat,” katanya.
Jejaka berusia 21 tahun itu akui walaupun projek khas menyanyikan semula lagu XPDC itu yang turut menampilkan Izo sebagai gitaris dianggap berjaya mendapat perhatian, ia bukan alasan mereka meneruskan projek sama pada masa depan.
Katanya, rakaman semula lagu itu dilakukan sebagai penghormatan kepada kumpulan legenda itu. Ditambah pula ramai melabelkan mereka sebagai XPDC Junior kerana adanya hubung kait antara Payslip dengan XPDC kerana Arif ialah anak pemain gitar XPDC, Izo (Mohd Zulkifly Nik Hussin) dan bekas anggota Payslip, Syazwan pula ialah anak pengurus XPDC, Yazid.
“Selain itu, kami rakam semula lagu itu sebab ada permintaan daripada syarikat rakaman Warner Music yang mahukan lagu itu disampaikan semula dengan susunan muzik lebih segar.
“Setakat itu sahaja projek lagu XPDC, selepas ini kami tak nak buat lagi. Kami tak mahu orang terus label kami sebagai XPDC Junior,” katanya.
Disebabkan mahu berdiri dengan identiti sendiri, kumpulan yang pernah muncul dengan single Syurga Sang Pecinta tiga tahun lalu mula mempersiapkan diri dengan beberapa lagu baru.
Arif berkata, dia menyiapkan beberapa material yang dianggap sesuai untuk mewakili identiti muzik mereka yang lebih kepada genre persis muzik dibawa kumpulan Coldplay dan Maroon 5.
Sumber : oh my media
Post a Comment for "Kalau Tak Nak, Biar Puteri Sarah Untukku Sol. Aku Lagi Kacak Dan Mampu Bahagiakan Dia Dibanding Engkau"